Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Monday, August 17, 2009

T.A.H.N.I.AH~

Assalamualaikum W.B.T



Hampir sepurnama teratak ini terbiar, tidak punya kesempatan nak update sebenarnya. Waktu yang menghambat membuatkan banyak sekali urusan yang tertangguh sekian lama. Sudah terlambat sebenarnya nak update kisah ini. Tapi takpe, nak update juga. Ehehe.

1 minggu 3 hari yang lalu bersamaan 7 Julai 2009 adalah hari yang telah ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh Nurhafizah Binti Anuar a.k.a Kak Fie (senior saya di Morocco) dan pasangannya Ust Nor Adli Syahri Bin Abd Kadir ( senior juga). Pada tarikh ini mereka disatukan dan telah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Tahniah diucapkan! =)

Saya berkesempatan menghadiri resepsi majlis perkahwinan mereka di Klang pada keesokan harinya, 8 Julai 2009. Masa akad nikah tak sempat nak datang sebab tak ada. Kak Fie suruh datang dengan jet, tapi jet pulak kehabisan minyak. Uhuh. Sudahnya pergi naik beca tayar tiga sahaja. Nasib baik sampai juga ke sana.

Sampai Klang dalam pukul 3 ptg dari rumah pak cik saya di Jalan Semarak. Masa sampai tu majlis memang dah bermula, jadinya tak banyak gambar-gambar yang dapat ditembak. Senior-senior lepasan dan pelajar-pelajar Maghribi yang pulang bercuti ramai yang datang meraikan hari bahagia Kak Fie dan Ust Adli.

Buat Kak Fie dan Ust Adli,

+ Selamat bercinta sampai syurga
+ Selamat berbahagia hingga akhir cerita
+ Selamat segalanya, inchaALLAH

Akhir kalam, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kak Fie dan Ust Adli! Psst.. Kami semua menunggu anak saudara pertama Malaysia+Malaysia di Maghribi. Eheh~


Saturday, March 21, 2009

Ditanda lagi~

Beberapa minggu yang lalu,untuk kedua kalinya teratak saya ditanda oleh si penanda ini,senior saya ketika di MTANT dulu.Buat si penanda,terima kasih kerana sudi menanda dan saya memohon kemaafan kerna agak keterlewatan untuk membalas tandaan anda lantaran kesibukan yang membelit diri ketika ini.Apa yang perlu saya buat dari tandaan yang diberi adalah seperti yang tertulis di bawah ini >>

Instructions:-

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.




Ini adalah gambar yang terpilih setelah dua kali sesi pemilihan dibuat.Saya pilih folder ke-6 dari belakang kerana gambar folder ke-6 dari depan di My Pictures saya tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab yang tiada ingin disengajakan.Kalau siar juga bisa terkantoi nanti,ehehe(",).Boleh kan,penanda?Sebab tiada pun arahan yang menyatakan harus mengambil gambar dari folder ke-6 arah mana.Hehe~

Erm,gambar ini diambil kira-kira dua tahun yang lalu bertempat di bilik kuliah Tahun 3 Banat,Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu pada bulan Mei,hari Rabu tahun 2007(Kalau tak silap,betul dah rasanya).Pada hari tersebut berlangsungnya Majlis Kesyukuran SPM bagi para pelajar yang telah berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2006.

Kek ini telah ditaja oleh Dinamik Bakery Sdn Bhd dan rasanya sangat best,kata mereka yang berpeluang merasainya.Sebahagian daripada kami tidak dapat merasa kelazatan kek ini disebabkan terjadinya komplot "merompak" kek ini dari kelas pada petang Rabu itu di saat para banat sedang bertungkus lumus di dewan makan untuk membersihkan segala yang patut.Sape laa yang makan tu erk?Terfikir kembali,ehehe~

Friday, March 13, 2009

No Words Can Describe Our Relationship~

~A special poem From My Beloved Kak Ngah

To Her Younger Sister's~


وردة الحمراء


مرأة جميلة اسمها جينب
و ليست هي صاحبة الأرنب
كانت معروفة بكثرة الكلام
داءما تتكلم حتى لا تنام


مثلها لي كمثل السرير عند نومي والفوطة عند بكائي
وما هي إلا حاملة الاطمئنان
وفي المصيبة صاحبة الفرحان


اعلمي أنك وردتي في قلبي
لم تكوني معي إلا في السرور والحزن
أحبك في الله لا شك ولا حسد
سأمسك هذه الأخوة إن شاء الله إلى الأبد


Thanks a lot to My Beautiful Kak Ngah.I'm really appreciate it! I also have something special for you~




"Portrait of a Friend"

I can't give solutions to all of life's problems, doubts,
or fears. But I can listen to you, and together we will
search for answers.

I can't change your past with all it's heartache and pain,
nor the future with its untold stories.
But I can be there now when you need me to care.

I can't keep your feet from stumbling.
I can only offer my hand that you may grasp it and not fall.

Your joys, triumphs, successes, and happiness are not mine;
Yet I can share in your laughter.

Your decisions in life are not mine to make, nor to judge;
I can only support you, encourage you,
and help you when you ask.

I can't prevent you from falling away from friendship,
from your values, from me.
I can only pray for you, talk to you and wait for you.

I can't give you boundaries which I have determined for you,
But I can give you the room to change, room to grow,
room to be yourself.

I can't keep your heart from breaking and hurting,

But I can cry with you and help you pick up the pieces
and put them back in place.

I can't tell you who you are.
I can only love you and be your friend.


~Hope our Ukhuwwah will happy ever after,ameen~



Wednesday, March 11, 2009

Selamat Hari Tua Kak Ngah~

2O tahun lepas bertarikh 11 March 1989,takdir yang tertulis telah menyatakan seseorang yang kini telah menjadi teman seperjuangan,seperjalanan ke jamiah,sekuliah yang sama jurusannya,sepermainan bola jaring,sebumbung rumah sewa Pak Cik Ibrahim,sebilik bernombor dua di DaruzZak,sedulang makan,segelak tawa serta sebahu saat kolam air mata penuh mengalir ke bumi tetapi tidak sama umur(sbb sy belum masuk 20 macam dia,hehe) telah dilahirkan ke dunia ini pada tarikh ini.Bermula dari hari ini dia menjadi yang kedua tertua di teratak indah kami ini selepas Kak Long yang sememangya telah lama menjejakkan kakinya ke alam 20-an ini(Kak Long jgn marah ye,nanti lagi bertambah tua Kak Long~).

Buat Kak Ngah yang sangat saya sayang ini=>


Ucapkan selamat tinggal buat usia belasanmu,
Hamparkan karpet selamat datang buat angka dua itu,
dikau kini terdampar di pantai dewasa,
Moga dirimu makin matang
dalam menelusi hari-hari beronak.


Semoga Kak Ngah saya :

+ Dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
+ Kejayaan terus-terusan mengguyur dirimu.
+Kuat dan tabah menempuh jalanan berliku ini.
+ Menjadi anak yang solehah buat Mummy dan Abahmu.
+ Dikurniakan Abang Ngah yang soleh.


Tengah hari tadi sempat ke Lable Vie Gallery Rabat sempena ulangtahun kelahiran Kak Ngah ini bersama kakak-kakak senior kami yang sangat baik hati itu serta adik-adik junior dan teman-teman seperjuangan yang lain.Buat Kak Shahirah dan Kak Zahirah kami yang memang best,terima kasih banyak kerana sanggup melayan kerenah adik-adik kalian yang bagus-bagus belaka ini,hehe.Fursoh Saie3dah Ma3akuma and Very Nice Day laa~=)