Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Monday, August 17, 2009

T.A.H.N.I.AH~

Assalamualaikum W.B.T



Hampir sepurnama teratak ini terbiar, tidak punya kesempatan nak update sebenarnya. Waktu yang menghambat membuatkan banyak sekali urusan yang tertangguh sekian lama. Sudah terlambat sebenarnya nak update kisah ini. Tapi takpe, nak update juga. Ehehe.

1 minggu 3 hari yang lalu bersamaan 7 Julai 2009 adalah hari yang telah ditunggu-tunggu sejak sekian lama oleh Nurhafizah Binti Anuar a.k.a Kak Fie (senior saya di Morocco) dan pasangannya Ust Nor Adli Syahri Bin Abd Kadir ( senior juga). Pada tarikh ini mereka disatukan dan telah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Tahniah diucapkan! =)

Saya berkesempatan menghadiri resepsi majlis perkahwinan mereka di Klang pada keesokan harinya, 8 Julai 2009. Masa akad nikah tak sempat nak datang sebab tak ada. Kak Fie suruh datang dengan jet, tapi jet pulak kehabisan minyak. Uhuh. Sudahnya pergi naik beca tayar tiga sahaja. Nasib baik sampai juga ke sana.

Sampai Klang dalam pukul 3 ptg dari rumah pak cik saya di Jalan Semarak. Masa sampai tu majlis memang dah bermula, jadinya tak banyak gambar-gambar yang dapat ditembak. Senior-senior lepasan dan pelajar-pelajar Maghribi yang pulang bercuti ramai yang datang meraikan hari bahagia Kak Fie dan Ust Adli.

Buat Kak Fie dan Ust Adli,

+ Selamat bercinta sampai syurga
+ Selamat berbahagia hingga akhir cerita
+ Selamat segalanya, inchaALLAH

Akhir kalam, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Kak Fie dan Ust Adli! Psst.. Kami semua menunggu anak saudara pertama Malaysia+Malaysia di Maghribi. Eheh~


Saturday, March 21, 2009

Ditanda lagi~

Beberapa minggu yang lalu,untuk kedua kalinya teratak saya ditanda oleh si penanda ini,senior saya ketika di MTANT dulu.Buat si penanda,terima kasih kerana sudi menanda dan saya memohon kemaafan kerna agak keterlewatan untuk membalas tandaan anda lantaran kesibukan yang membelit diri ketika ini.Apa yang perlu saya buat dari tandaan yang diberi adalah seperti yang tertulis di bawah ini >>

Instructions:-

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.




Ini adalah gambar yang terpilih setelah dua kali sesi pemilihan dibuat.Saya pilih folder ke-6 dari belakang kerana gambar folder ke-6 dari depan di My Pictures saya tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab yang tiada ingin disengajakan.Kalau siar juga bisa terkantoi nanti,ehehe(",).Boleh kan,penanda?Sebab tiada pun arahan yang menyatakan harus mengambil gambar dari folder ke-6 arah mana.Hehe~

Erm,gambar ini diambil kira-kira dua tahun yang lalu bertempat di bilik kuliah Tahun 3 Banat,Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu pada bulan Mei,hari Rabu tahun 2007(Kalau tak silap,betul dah rasanya).Pada hari tersebut berlangsungnya Majlis Kesyukuran SPM bagi para pelajar yang telah berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2006.

Kek ini telah ditaja oleh Dinamik Bakery Sdn Bhd dan rasanya sangat best,kata mereka yang berpeluang merasainya.Sebahagian daripada kami tidak dapat merasa kelazatan kek ini disebabkan terjadinya komplot "merompak" kek ini dari kelas pada petang Rabu itu di saat para banat sedang bertungkus lumus di dewan makan untuk membersihkan segala yang patut.Sape laa yang makan tu erk?Terfikir kembali,ehehe~

Monday, March 9, 2009

Berita Dari Tanah Air~

Petang tadi dapat balasan email dari pak cik yang jauh di tanah air.Saat membaca titipan darinya itu rasa terkejut dan gusar menyerang benak fikiran.Email ringkas itu mengatakan Mama telah diserang Demam Chikugunya dan saya di sini tidak dikhabarkan tentang itu.Oh!Tidak.Andai punya sayap mahu saja saya terbangkannya jauh ke kampung halaman untuk menjengah Mama walau seketika.Ketika di talian dua hari lepas, suara Mama agak lemah.Demam biasa saja katanya.Usai mendapat tahu lantas jemari menghubungi Baba kerna telefon Mama tiada berangkat.Kata Baba pemeriksaan telah dibuat ke atas Mama,hari ini harus berjumpa doktor lagi untuk rawatan seterusnya.Pesan Baba, "Usah dirisaukan keadaan Mama dan doakan saja moga kesembuhan menjengah sepantasnya."Saya di sini hanya mampu mendoakan moga ALLAH sembuhkan kembali dan Mama dapat menjalani kehidupan seperti biasa,ameen~


Di sini saya sertakan sedikit info mengenai Demam Chikunguya sebagai langkah berjaga-jaga buat kita semua walaupun di bumi Morocco ini agak jarang sekali kita bertemu dengan sang nyamuk,si pencetus Chikungunya itu.Maklumat ini diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.


3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.


5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.


6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.


7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. (pastinya)


9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita. (Nie kat Malaysia lah,klu di Morocco saya tak pasti pula)


Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik olehNYA selalu untuk terus berjuang,beribadah dengan mengabdikan diri kepada Kholiq yang satu tiada dua.Hargai selagi anda masih diberi kekuatan dan kesihatan,jangan sesekali kufur pada setiap nikmat yang diberi.Sekian,Allahualam~

Wednesday, March 4, 2009

Bingkisan Belasungkawa~

Duga dari Maha Esa datang dan pergi dengan penuh hikmah dan peringatan.Buat ukhtiku Nawanihamra',salam takziah buat awak dan keluarga-beliau kehilangan nenda tersayang yang telah pergi menyahut seruan dariNYA,sekitar jam 2 petang,3 March 2009(Waktu Maghribi).Moga awak dan keluarga tabah menghadapi ujian ALLAH ini.Segalanya sudah tertulis,tiap yang bernyawa pasti jua akan pergi menghadap Sang Pencipta.Moga ALLAH tempatkan roh Wan dikalangan hambaNYA yang soleh.Al-Fatihah~

Firman ALLAH Taala:-

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kalian berada, kematian pasti akan mendapati kalian, walaupun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (An-Nisa`: 78)


Kematian akan menyapa siapa pun, baik yang soleh atau durhaka, yang turun ke medan perang ataupun duduk diam di rumahnya, seorang yang menginginkan negeri akhirat yang kekal ataupun ingin dunia yang fana, seorang yang bersemangat meraih kebaikan ataupun yang lalai dan malas-malasan. Semuanya akan menemui kematian bila telah sampai waktunya.Tiap yang berada di bumi ini tiada yang kekal walau satu pun.Mungkin esok nanti sampai detiknya,kita pula yang dijemput untuk bertemuNYA.Moga segala yang berlaku menjadikan kita lebih rapat asyik beribadah kepadaNYA.Gandakan taubat dan amal ikhlas,agar nanti kita bisa tergolong kalangan hambaNYA yang bertaqwa lalu beruntung lah kita di dunia dan akhirat.Allahualam~