Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Monday, June 1, 2009

Transformasi~

Wardatulhamra >> Nabeela Houda

@

Wardatulhamra >> Nabila Huda

Tiba-tiba saja terfikir pasal nama-nama di atas. Itu pun selepas beberapa lama ia diusulkan oleh cikgu saya ( beliau yang banyak mengajar menggunakan bahasa ibunda dengan betul, terima kasih buat beliau). Nabeela Houda (sama pada sebutan nama asal tetapi dieja mengikut bahasa perancis, diunjurkan oleh cikgu) @ Nabila Huda (nama sebetulnya mengkiut ejaan bahasa Melayu) Kata cikgu, nama sendiri sudah bagus, lagi cantik. Lakukan saja transformasi pada Wardatulhamra itu.
Masih befikir, ada cadangan?=)

Wednesday, April 1, 2009

Ceritera Musim Bunga~

Cuti pertengahan semester musim bunga bermula.Tidak lama,seminggu cuma.Bumi Kenitra sudah mula banjir dengan kumpulan-kumpulan manusia dari seluruh pelusuk Maghribi sejak dua hari lepas.Tiga program besar bakal berlangsung dan satu daripadanya baru saja Justify Fullmelabuhkan tirainya semalam.SUKMA pula bakal mengambil alih tempat PERDISK hari ini.


~POSTER SUKMA 2009 (AKHOWAT)~

HIDUP ORANGE OMELETTE!
(Saya kidnapp poster ini dari blog Cik Hani,eheh)


Saya cuba mengikis PURPLE PIZZA dari terus bersarang dari hati.Peristiwa lompat parti ke ORANGE OMELETTE berlaku diluar kuasa saya.Maafkan saya wahai sekalian PURPLE PIZZA.Ini semua tidak disengajakan,ehehe.Buat team baru,ORANGE OMELETTE selamat berjuang di medan sukan hari ini.Terima kasih kerna menyediakan hamparan seluasnya untuk saya melompat ke dalam team ini.Wilayah keletihan mula bertamu dan akal menjadi sangat letih untuk berlari. Terasa sudah tidak ketahuan untuk menulis di sini.Pena harus bertemu noktahnya.Sekadar ini sahaja termampu untuk entri kali ini.Semoga kita semua di bawah lembayung rahmatNYA selalu.Sekian,wassalam.

Tuesday, March 24, 2009

Tagged By Kak Zahirah~

1)The Age Of My Next Birthday


~20 Tahun- 14 September 2009~



2)Places I'd Like To Travel To



~Mekah-InsyaALLAH,suatu hari nanti~



3)Favourite Food



~Keropok Lekor & Keropok Keping~


4)Favourite Place


~Pantai- Damai Sekali~


5)Nicknames I've


1)Billa -Kawan-kawan time sekolah dulu
2)Nabila - Keluarga dan Kak Khalilah saya
3)Nab - Kawan-kawan,senior-senior di Maghribi
4)Kak Nab- Adik-adik junior
5)Hajah,Jj - Ustazah Memey Nazurah
6)Wardah - Satu dalam sejuta


6)Favourite Colour


~Putih-Pink-Hijau~



7)College Major


~Pengajian Islam~


8)Name Of My Love





9)Hobby

~Membaca+Menulis+Bercerita~

10)Bad H
abits

AWAS!!
EMOTIONAL


11)My Wishlist


~Penjajah Ijazah~

~Kerjaya~


~penyatuan dua hati~


~B.A.H.A.G.I.A~


Terima kasih buat Kak Zahirah sebab sudi menanda saya.Mintak maaf banyak-banyak,sebab saya kira agak terlamabt balasan dari saya ini.Hanya itu yang termampu saya buat.Semoga berpuas hati dengan jawapan di atas.Hehe=)~




Saturday, March 21, 2009

Mencari Permata Yang Hilang~

Sedari semalam jiwa terkapai-kapai mencari sebutir permata yang hilang entah kemana.Hari ini pencarian diteruskan lagi dengan harapan menggunung.Namun,permata itu belum berjaya ditemui.Barangkali ia masih bersembunyi agaknya.Menanti sehingga esok,berjayakah diri ini bertemu dengannya lagi?Hanya Tuhan Maha Mengetahui segalanya.


Searching For The Lost Heart~


Bila hati hilang,segala rutin harian tidak dapat berjalan dengan baik.
Jiwa kacau,fikiran terasa sangat kusut.
Ketenteraman dalam diri bagai diragut seketika.
Dengan berzikir kepada Pencipta kenteteraman
pasti dapat diraih kembali.


Firman ALLAH :-

الذين ءامنوا وتطمئن قلوبهم بذكرالله

الا بذكرالله تطمئن القلوب

"(Yaitu)Orang-orang yang beriman,hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati ALLAH.Ingatlah,hanya dengan mengingati ALLAH
hati menjadi tenteram.


Saat tersedar hati hilang dari diri,cari dan pujuk agar ia
kembali kepada kita.

Carilah hatimu di tiga tempat:-

1)Ketika mendirikan solat
2)Ketika membaca Al-Quran
3)Ketika mengingati mati


Andai pencarian tidak bertemu dengan hasilnya,maka berdoalah
kepada ALLAH,agar diberi sekeping hati supaya jasad bisa
menjalankan amal-amal di atas dengan tulis dan ikhlas,Ameen.

Hidup ini umpama bahtera di lautan,
Cekal,tabah dan keimanan adalah kemudi paling kukuh,
Andai kita gagah dan bijak mendayung
menempuh samudera,
kita pasti akan sampai ke pulau bahagia.
Jangan biarkan hati pergi bersama deruan ombak,
takut nanti perginya tiada kembali.

Tuhanku,thabit kan hati kami terus pada Deen-MU.Jangan sesekali Kau
memalingkan hati-hati ini setelah Kau memberi petunjuk-Mu kepada kami.
Allahumma,ameen.Ameen~




Ditanda lagi~

Beberapa minggu yang lalu,untuk kedua kalinya teratak saya ditanda oleh si penanda ini,senior saya ketika di MTANT dulu.Buat si penanda,terima kasih kerana sudi menanda dan saya memohon kemaafan kerna agak keterlewatan untuk membalas tandaan anda lantaran kesibukan yang membelit diri ketika ini.Apa yang perlu saya buat dari tandaan yang diberi adalah seperti yang tertulis di bawah ini >>

Instructions:-

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.




Ini adalah gambar yang terpilih setelah dua kali sesi pemilihan dibuat.Saya pilih folder ke-6 dari belakang kerana gambar folder ke-6 dari depan di My Pictures saya tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab yang tiada ingin disengajakan.Kalau siar juga bisa terkantoi nanti,ehehe(",).Boleh kan,penanda?Sebab tiada pun arahan yang menyatakan harus mengambil gambar dari folder ke-6 arah mana.Hehe~

Erm,gambar ini diambil kira-kira dua tahun yang lalu bertempat di bilik kuliah Tahun 3 Banat,Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu pada bulan Mei,hari Rabu tahun 2007(Kalau tak silap,betul dah rasanya).Pada hari tersebut berlangsungnya Majlis Kesyukuran SPM bagi para pelajar yang telah berjaya dengan cemerlangnya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2006.

Kek ini telah ditaja oleh Dinamik Bakery Sdn Bhd dan rasanya sangat best,kata mereka yang berpeluang merasainya.Sebahagian daripada kami tidak dapat merasa kelazatan kek ini disebabkan terjadinya komplot "merompak" kek ini dari kelas pada petang Rabu itu di saat para banat sedang bertungkus lumus di dewan makan untuk membersihkan segala yang patut.Sape laa yang makan tu erk?Terfikir kembali,ehehe~

Monday, March 16, 2009

Rupanya Di situ Sangat Beerti~

Emak selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling
penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang
aku anggap benar.

Ketika masih kecil, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi
kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, mak."
Jawab Emak, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah
memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak
jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi,
kali ini aku mengatakan, "Mak, penglihatan sangat penting bagi
semua orang, jadi pastilah mata kita."

Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi
jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari
tahun ke tahun, untuk kesekian kalinya emak bertanya lagi dan jawapannya
kepadaku sperti selalu,"Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke

tahun, anakku."

Akhirnya tahun la,lalu datukku meninggal. Semua keluarga bersedih.
Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis. Aku mengingatinya kerana
itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Emak
memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat
tinggal pada datok.

Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh
yang paling penting, sayang?"

Aku terkejut ketika Emaj bertanya pada saat seperti ini. Aku sering
berfikir, ini hanyalah permainan antara Emak dan aku.

Emakmelihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu,
"Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu
sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu
beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah
memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu
harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Dia memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh
dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling
penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?"
Emak membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala
seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis.

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk
menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan
teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-
bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak
menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati
terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kamu katakan.

Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan.

Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana

kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, doesn’t mean the future will be.

So never let events from the past,

Change the events for future,or You will be miserable forever!

>> Dan saya sesekali tidak pernah melupakan anda!Terima kasih buat semua.Terima kasih kerna sudi memberi tumpangan di bahu anda dan terima kasih kerna membuatkan diri ini rasa beerti~=)

Saturday, March 14, 2009

Lasagna~

Setelah sekian lama menyimpab hasrat,akhirnya dapat juga saya buat Lasagna ini.Kalau sebelum ini asyik ke Eiffel Tour Restaurant bila perut mengidam nak makan Italian Food ini.Minggu ini saja termasuk semalam,sudah dua kali Lasagna menjengah ke perut.Peluang bermalam di rumah senior di Rabat tidak dilepaskan begitu sahaja.Empat hari di sana saya sempat menadah ilmu bagaimana untuk manjadikan Lasagna itu Lasagna(fahamkan ayat ini,ehhe~) dari senior saya yang seorang ini,Kak Zahirah.Alhamdulillah,selepas lebih kurang dua jam bertarung di medan masak akhirnya siap juga Lasagna itu..=)

~Percubaan pertama=)~

Ohh!Lupa nak bagi tau resipi bagi Italiano Food ini,saya ambil dari blog Kak Zahirah.Kalau anda mahu mencuba untuk membuatnya klik di sini.Buat Kak Zahirah terima kasih banyak-banyak ya kerana sudi memperturunkan ilmu memasak anda pada adikmu ini.Nanti ajarkan saya masakan lain pula ya!~

Monday, March 9, 2009

Berita Dari Tanah Air~

Petang tadi dapat balasan email dari pak cik yang jauh di tanah air.Saat membaca titipan darinya itu rasa terkejut dan gusar menyerang benak fikiran.Email ringkas itu mengatakan Mama telah diserang Demam Chikugunya dan saya di sini tidak dikhabarkan tentang itu.Oh!Tidak.Andai punya sayap mahu saja saya terbangkannya jauh ke kampung halaman untuk menjengah Mama walau seketika.Ketika di talian dua hari lepas, suara Mama agak lemah.Demam biasa saja katanya.Usai mendapat tahu lantas jemari menghubungi Baba kerna telefon Mama tiada berangkat.Kata Baba pemeriksaan telah dibuat ke atas Mama,hari ini harus berjumpa doktor lagi untuk rawatan seterusnya.Pesan Baba, "Usah dirisaukan keadaan Mama dan doakan saja moga kesembuhan menjengah sepantasnya."Saya di sini hanya mampu mendoakan moga ALLAH sembuhkan kembali dan Mama dapat menjalani kehidupan seperti biasa,ameen~


Di sini saya sertakan sedikit info mengenai Demam Chikunguya sebagai langkah berjaga-jaga buat kita semua walaupun di bumi Morocco ini agak jarang sekali kita bertemu dengan sang nyamuk,si pencetus Chikungunya itu.Maklumat ini diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.


3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.


5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.


6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.


7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. (pastinya)


9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita. (Nie kat Malaysia lah,klu di Morocco saya tak pasti pula)


Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik olehNYA selalu untuk terus berjuang,beribadah dengan mengabdikan diri kepada Kholiq yang satu tiada dua.Hargai selagi anda masih diberi kekuatan dan kesihatan,jangan sesekali kufur pada setiap nikmat yang diberi.Sekian,Allahualam~

Wednesday, March 4, 2009

Bingkisan Belasungkawa~

Duga dari Maha Esa datang dan pergi dengan penuh hikmah dan peringatan.Buat ukhtiku Nawanihamra',salam takziah buat awak dan keluarga-beliau kehilangan nenda tersayang yang telah pergi menyahut seruan dariNYA,sekitar jam 2 petang,3 March 2009(Waktu Maghribi).Moga awak dan keluarga tabah menghadapi ujian ALLAH ini.Segalanya sudah tertulis,tiap yang bernyawa pasti jua akan pergi menghadap Sang Pencipta.Moga ALLAH tempatkan roh Wan dikalangan hambaNYA yang soleh.Al-Fatihah~

Firman ALLAH Taala:-

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ

“Di mana saja kalian berada, kematian pasti akan mendapati kalian, walaupun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh.” (An-Nisa`: 78)


Kematian akan menyapa siapa pun, baik yang soleh atau durhaka, yang turun ke medan perang ataupun duduk diam di rumahnya, seorang yang menginginkan negeri akhirat yang kekal ataupun ingin dunia yang fana, seorang yang bersemangat meraih kebaikan ataupun yang lalai dan malas-malasan. Semuanya akan menemui kematian bila telah sampai waktunya.Tiap yang berada di bumi ini tiada yang kekal walau satu pun.Mungkin esok nanti sampai detiknya,kita pula yang dijemput untuk bertemuNYA.Moga segala yang berlaku menjadikan kita lebih rapat asyik beribadah kepadaNYA.Gandakan taubat dan amal ikhlas,agar nanti kita bisa tergolong kalangan hambaNYA yang bertaqwa lalu beruntung lah kita di dunia dan akhirat.Allahualam~

Sunday, March 1, 2009

Kak Khalilah Telah Menanda Saya?~

Cute's Blogger Award

Link atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

-Super senior saya yang baru sahaja menyelesaikan pengajian peringkat ijazah sarjana muda beliau pada bulan Januari lepas.Mula mengenalinya saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Morocco.Kiranya dah setahun lebih lah saya mengenali,menyelami,menelusuri hati budi pemilik nama Khadijah Khalilah Binti Abdul Rashid ini.Dia baik hati,kalau borak dengan dia penuh kata nasihat dan lawak2 yang pecah tawa kita dibuatnya.Paling penting,donat Kak Khalilah best sangat!Tak ada yang boleh tanding kesedapan donat itu.(klu anda nak nikmati kesedapannya sila hubungi beliau di talian=> +21277889900,hehe).Lepas bulan 5 saya dah tak boleh makan donat lagi dah sebab Kak Khalilah bakal meninggalkan kami semua,pulang ke Malaysia.Selepas detik itu saya pasti akan merindui detik-detik indah yang dilalui bersamanya.Kak,sebelum pulang berikan saya sekelumit tabah akak!Eheh~



Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.



1.Merupakan anak pertama,cucu pertama dan cicit pertama( bagi keluarga sebelah ayah).Selama hampir 18 tahun menjadi satu-satunya kanak-kanak riang perempuan yang menjadi mangsa bulian adik-adikku dan sepupu-sepupu lelaki(keluarga belah emak).

2..Merupakan warden kedua selepas saudari Nazurah Binti Mohd Ali a.k.a Memey.Kalau lalu dekat Rue Abou Temmam sana tu,memang tak sah kalau tak pergi memantau ke dua buah teratak milik akhowat tu.(Agak2 ahli rumah tu mesti tension kan,asek muka nie je yang menjengah,hehe.)

3.Tidak boleh bercakap fushah(melayu baku) dengan baik.Jangan kan dengan kawan-kawan seMelayu,dengan akhowat Indonesia pun saya cakap dengan bahasa tranung(Kak Khalilah pernah tanya,"Rima faham ke kamu cakap dengan dia bahasa tranung?"Lalu dijawab oleh Kak Rima,"Iya,aku faham aja".Bukan tak mencuba,tapi terasa seperti janggal,hehe.Tak salahkan,memartabatkan bahasa tranung saya.

4.Kalau yang memandang pada pertama kalinya,mereka pasti membuat telahan daku adalah seorang yang garang dan pendiam terutama sekali bagi junior-junior yang belum mengenali seniornya yang sememangnya baik hati ini,huhu.(ternaik lif tekan sendiri pulak).Tapi ada juga senior yang tak berapa nak berani tegur saya time mula-mula sampai dulukan sbb muka saya macam garang.(Dikhabarkan pada saya setelah hampir setahun hidup di sini,eheh.)

5.Sangat tidak suka kalau kasut saya sama dari segi rupabentuknya dengan orang lain.(Sama jenama xpe).Ini adalah kerana akan menyukarkan proses pencarian kasut bila mana berkumpulnya kasut-kasut yang banyak di satu tempat yang sama.

6.Menyukai warna hitam.Kalau minta pendapat teman-teman tentang warna,sure mereka akan berkata"Hitam itu sudah terlalu sinonim dengan kamu".Gemar hijau dan putih sebab rasa lapang saja saat mata bertaut dengan dua warna ini.

7.Saya suka dan sangat sayang pada benda yang pertama dalam kehidupan saya.Nombor pertama,huruf pertama,buku pertama,jam pertama,sahabat pertama dan segala benda yang berada di tempat pertama.Kerana yang pertama itu hard to forget dan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.


8.Macam pemberi award di atas juga,menconteng juga menjadi hobi saya dikala kebosanan.Tambah-tambah lagi kalau dalam kelas,bila tension sebab tak faham apa yang ustaz tengah cakapkan.Kalau tengah cakap telefon pun,mesti kena ada kertas dan pen.Tatkala telinga khusyuk mendengar,jari ligat melarikan tarian di atas kertas.

9.Gemar membaca novel dikala kelapangan.Saya suka mengutip pengalaman dari novel yang dibaca walaupun terkadang cerita dalam novel itu hanyalah ilusi yang bukan seindah hakikat sebuah kehidupan.Puisi-puisi pun suka juga baca,sambil mencari idea untuk menulis.=)

10.Sangat suka pergi ke pantai tengok ombak sebab deru ombak itu seperti punya perkaitan dengan perjalanan sebuah kehidupan di muka bumi ini.Dulu-dulu kalau pergi ke Rabat,Kak Sue mesti bawa pergi pantai dekat Rabat tu.


Buat Kak Khalilah=>

*Terima Kasih sebab sudi tanda saya,walaupun saya
sememangnya telah bertanda,ahakss~
*Ntah apa-apalah saya tulis di atas tu,hehehe.

Macam best je main tanda-tanda nie.Saya rasa macam mahu menanda orang juga lah.Tapi nak tanda siapa ya?hurm.Berfikir! :-? Ok,dah tau.Sasarannya adalah:-


~Mak Cik~

~Mak Yang~










Friday, February 27, 2009

(^_^)

Selamat tinggal musim sejuk,selamat datang musim bunga.Semester baru bagi sesi pembelajaran musim bunga/musim panas 2009 telah membuka tirainya.Antara sedar atau tidak,tiga semester berlalu pergi meninggalkan kita(bagi mereka yang berada di tahun kedua pengajian).Saya dan anda semua sedang berada di pertengahan perjalanan.

Berlabuhnya semester-semester lalu dengan pelbagai corak dan warna yang berbeda buat kita semua.Ada yang tersenyum riang dan tidak kurang juga yang ghaib seketika senyumnya.Suka duka,tawa pilu,jatuh bangun,menang tewas adat di lapangan perjuangan.Kalau hari ini kita bersenyum riang,mungkin esok senyum itu berlalu pergi.Jika hari ini kita berduka sayu,siapa tahu mungkin esok kita berkenalan dengan makna gembira.

Segala yang berlaku sudah tertulis,ada yang tidak pernah terjangkau dek akal.Aturan yang ALLAH tetapkan pasti punya hikmah.Barangkali DIA beri kita hempedu hari ini agar nanti kita bisa mengecap nikmat madu yang tiada tandingnya di hari esok.Dalam apa jua perkara sekalipun,perkara utama yang mesti dilakukan adalah bersangka baik dengan setiap yang ALLAH berikan pada kita.Kalau kita sangka baik,insyaALLAH DIA akan bagi pada kita sejauh mana sangkaan kita padaNYA.

Di dalam satu Hadis Qudsi, Allah SWT telah berfirman :

انا عند ظن عبدى وانا معه اذا ذكرنى

Maksudnya : Aku adalah menurut sangkaan hamba-Ku terhadap diriku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingati-Ku.


An-Nai3m La Yudriku Bin-Nai3m.Bukan semua orang mengecapi kenikmatan itu melalui kenikmatan juga.Tidak semua yang berjaya hari ini tidak pernah gagal di masa lalunya.Kalau orang lain berjaya saat ini,insyaALLAH pasti tiba saat kita pula.Jangan pernah putus asa!Rahmat ALLAH sentiasa ada buat hambaNYA.DIA pasti akan menyediakan yang terbaik buat kita,mungkin belum masanya lagi untuk kita mengecapi nikmat yang disediakan.

Pepatah arab berkata:


لوطلعتم على الغيب فوجتم ان ربكم ما يفعل الا الخير

"Jika kamu menjengah kepada perkara-perkara ghaib
maka kamu akan dapati TUHANmu
tidak akan memberi kepadamu
melainkan KEBAIKAN"



Selamat menempuh hari baru dengan penuh semangat buat semua.Moga nanti kita sama-sama mengecapi kejayaan dan kebahagiaan.Wallahualam~

Wednesday, February 11, 2009

Misteri Air Tangan Si Ayah~

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

"Ah ayah,kenapa tak boleh?"getus si adik."Ia dilabel 13-sx,dan kami berdua telah melebihi 13 tahun!"tambah si abang pula.

Ayah mereka membalas"Filem itu mengandungi unsur-unsur yang tidak bermoral dan tidak sesuai ditonton oleh masyarakat umum."

"Tapi ayah,itu cuma sebahagian kecil dari filem itu!Kawan-kawan kami cakap,filem itu sekitar 2 jam dan babak-babak sebegitu cuma sekitar beberapa minit sahaja!Banyak saja pengajaran lain yang berguna di dalamnya.Review yang ayah lihat juga ada menyatakan pengajaran daripada cerita itu!"

"Jawapan ayah adalah "Tidak".Kalian boleh mengajak teman-teman ke rumah dan menonton koleksi video yang ada di rumah kita.Tapi,kalian tetap tidak boleh pergi menonton filem itu.End of discussion."lantang si ayah bersuara.

Kedua-dua anak remaja itu berjalan ke sofa dengan riak wajah masm mencuka.Di situ mereka membayangkan wajah pelakon filem yang tak dapat mereka tonton,sambil itu mereka terdengar bunyi dari dapur seakan si bapa sedang menyediakan sesuatu.Tidak lama kemudian,mereka dapat mengecam bau aroma brownies dari dalam oven yang memenuhi segenap ruang kediaman itu."Ayah mesti rasa bersalah dan dia mahu mengambil hati kita semula dengan brownies itu,mungkin juga kita bisa melembut serta memujuk kembali hatinya agar membenarkan kita pergi menonton filem itu."ujar si abang kepada adiknya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa.Beberapa ketika kemudian,si ayah muncul dari dapur dan bersamanya sepinggan brownies yang masih panas lalu diberi kepada anak-anaknya itu.Kedua-duanya mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata,"Sebelum kamu semua makan,ayah nak cakap sesuatu.Hurm,ayah sayang kalian berdua."Kedua-dua remaja itu saling berpandangan dan tersenyum penuh makna."Ayah dah lembut hati."hati mereka berbisik.

"Itulah sebabnya ayah buatkan brownies ini menggunakan bahan terbaik.Hampir kesemuanya dari bahan organik,tepung organik terbaik,telur ayam omega-3 gred A,gula organik terbaik,vanilla premium dan coklat paling enak."

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan,kedua-dua remaja itu tidak sabar-sabar lagi mahu menjamah air tangan ayah mereka.

Tetapi ayah ingin berlaku jujur pada kamu berdua.Ada satu bahan istimewa yang telah diletakkan di dalam brownies ini,yang kamu tak akan jumpa dalam mana-mana brownies lain.Bahan itu ayah perolehi dari belakang rumah kita saja.Tapi jangan risau,ia hanya sekelumit sahaja.Sangat sedikit jumlahnya.Jadi makanlah dan berikan pendapat kalian tentang resipi terbaru ayah ini.

"Ayah,boleh tak beritahu apa bahan misteri itu sebelum kami makan?"tanya si abang.

"Kenapa?sedikit saja ayah letak.Ayah letak satu sudu saja.Kamu tidak akan boleh perasan pon rasanya."

"Ala,ayah.Bagitau saja lah,"pinta si adik.

"Jangan risau!Bahan itu sama juga seperti bahan organik yang lain,"

"Ayahhh.."pinta kedua-duanya serentak.

"Ok,kalu kalian mahu tahu.Kandungan bahan misteri itu adalah....Tahi anjing!!"

Kedua-dua anak itu terus meletak kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

"Ayah!Ayah tahu tak ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap itu selama setengah jam?bila dah siap ayah cakap dalam tu ada tahi anjing.Kami mana boleh makan bende tu."

"Kenapa tak boleh?kandungannya sangat sedikit dan tak akan ada effect punya.Ia sudah dimasak dan sebati dengan bahan-bahan lain.Kamu takkan boleh perasan pun akan rasanya.Jadi tunggu apa lagi?makanlah!

"Tak ayah..Kami tetap tak nak makan!"

"Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi.Kamu tak boleh terima walau sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu,kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu?Berdoalah kepada ALLAH yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu,tapi kenapa dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor dalam diri,fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu?harap kalian berdua mendapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini."

~Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..Sucilah wahai hati,moga terhias oleh benang-benang mahmudah,moga jalanku ini berlandas benih-benih taqwa..Moga terhapus segala dosa nan silam,ameen Ya Rabb~



Monday, February 9, 2009

Sebuah Kisah Kasih~

~Di sini kasih bersemi~


NOVEMBER 2008

Sebuah pertemuan,seutuh ikatan, bermula episod bahagia antara dua hati,Abdul Samat Dan Siti Laila..Pasangan ini disatukan pada penghujung tahun 2008 di sebuah teratak bahagia bernama,daruzZak..


~ pasangan bahagia~
25 JANUARI 2009

Setelah beberapa bulan melayari bahtera bersama,Siti Laila telah selamat melahirkan 5 permata buah cinta mereka tanggal 25 Januari yang lalu..Kehidupan pasangan ini bertambah bahagia dengan kehadiran si kecil-si kecil yang sangat comel itu..


"Kusangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan air mata turun di tengah hari,"bisik hati kecil Siti Laila..Beberapa detik selepas kelahiran,Abdul Samat dan Siti Laila telah kehilangan 2 daripada anaknya..Takziah buat kalian berdua..Tidak dilupakan,takziah jugak buat kedua-dua nenek mereka,Kak Long Inah dan Acik Anis..Kita hanya merancang,ALLAH jua yang menentukan segalanya..Hidup tak selalunya indah,tapi yang indah tetap hidup dalam kenangan kan?..Kehidupan diteruskan bersama 3 lagi permata mereka yang telah diberikan nama oleh emak-emak dan mak cik-mak cik Siti Laila..Persepakatan telah dibuat,ketiga-tiganya dinamakan Dar-Rus-Zak(daruzZak~hehe)..

9 Februari 2009

Sekali lagi kesedihan kembali menyelubungi hidup pasangan Abdul Samat dan Siti Laila apaabila mereka kehilangan permata pertama mereka iaitu Cik Dar..Di hening pagi yang damai,Cik Dar telah pergi meninggalkan seluruh warga daruzZak..Hayat tak panjang..Apa boleh buat,hanya sekadar ini sahaja pertemuan di muka bumi ini..Untuk nenek-nenek Cik Dar,jangan sedih yerk,redhai permergian Cik Dar ya,juga buat mak cik-mak cik Cik Dar sabar ya semua..Sekian sahaja coretan dikala kebosanan..=)~


~Binatang pun mahukan hidup bahagia ~



~ Cik Zack~



~Cik Rus~


~Adik beradik jangan gaduh,ok?~







Saturday, February 7, 2009

Kemulian Hati Milik Seorang Wanita Bernama Ibu~


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu..

Pulang dari sekolah suatuhari,si anak yang tiada telinga itu yang kini telah menjejakkan kaki ke alam persekolahan menangis memberitahu bagaiman dia diejek oleh rakan-rakanya."Mereka kata saya cacat,"kata si anak kepada ibunya.

Si ibu menahan sebak..Lalu dipujuk si anak dengan pelbagai kata nasihat.Si anak menerimanya,dan dia muncul pelajar terbaik serta memegang pelbagai jawatan di sekolah.Namun jauh di sudut hati,dia tetap merasakan kekurangan pada dirinya itu.Si ibu masih terus memujuk.Ayahnya pula terus berjumpa dengan doktor."Saya yakin dapat melakukan jika ada penderma sesuai,"kata pakar bedah.Maka bermulalah pencarian mencari yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu..

"Anakku,kita akan bertemu doktor hujung minggu ini.Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma,tetapi dia mahu dirahsiakan dirinya,"kata si ayah.Pembedahan berjalan lancar,si anak muncul dengan wajah baru,kacak serta bijak.Pelajarannya kian cemerlang,keyakinan diri bertambah.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.Di usia 20-an,dia telah menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara,saya ingin tahu siapa penderma telinga ini,saya ingin membalas jasanya,"ucap si anak berulangkali."Tak mungkin,ini perjanjian antara ayah dan dia asih berjalan,masanya akan tiba anakku,"tegas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk mengiakan kata-kata ayah.

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,si ayah perlahan-lahan menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak,saat terlihat kedua-dua belah cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,"bisik si ayah ke telinga anaknya."Tetapi tiada seorang pun yang mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik,pada ayah dia tetap wanita tercantik pernah ayah temui,tak percaya?tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s=>Kecantikan sejati bukan terletak pada fizikal,tapi jauh di lubuk hati yang luhur.Cinya sejati bukan pada apa yang dihebah-hebahkan,tapi letaknya pada pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu,mama,ummi,mak,mummy kita ada di muka bumi ini,ciumlah dia,cium tangannya,sentiasalah memohon ampun padanya,berikan manis senyummu padanya bukan masam wajahmu yang menjadi hadiah.Kasih ibu tiada tandingnya.Syurga kita di bawah telapak kakinya~

"Saya Sayang Mama"



Thursday, January 29, 2009

Segenggam Tabah,Sedulang Sabar~

Deru ombak yang memecah,peritnya terasa menusuk..Apalagi yang mampu diungkap?Kalam apa lagikah yang mampu ditutur?Jasad seakan kaku,langkah yang kian perlahan seolah sudah mahu berhenti dari perjalanan ini..Mampukah kekuatan itu kembali?Kembali untuk meniti hari yang penuh cabaran..Kembali berhadapan dengan realiti sebuah kehidupan..

"apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan,
"kami telah beriman,"sedangkan mereka
tidak diuji,dan sesungguhnya kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka,
maka sesungguhnya ALLAH mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta"

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Terkadang manusia itu terlalu cepat mengalah,pantas saja hilang punca..Terlalu mudah berputus harap..Usah biar diri sesat di belukar keruntuhan,usah dicampak jiwa ke dalam belantara putus asa..Duhai insan,bangkitlah!

"..... dan jgnlah kamu berputus asa dr
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan
kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 112


Jangan pernah putus doa,tiap usaha pasti ada hasil,tiap duga punya hikmah,tiap kusut akan wujud penyelesaiannya..Biar lebur dipijar iman, kerana dengan itu kita bisa merasa manis belai tuhan..Biar hangus dilayur duga, janji sabar penyejuk sukma, dengan itu kita bisa merasa manisnya iman..

"Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu
dan tetaplah bersiap-siaga
dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu beruntung"

-Surah Ali Imran ayat 200


Kita hidup bertuhan..Jangan sesekali melupai DIA..DariNYA kita datang dan kepadaNYA jua pasti kita kembali..Tuhan itu adil..Kasih sayangNYA melimpah ruah,jangan sekali dipersia..Rebutlah,kejarlah,gapailah redhoNYA..Pertolongan dariNYA ada sentiasa buat hamba-hambanya yang bersabar..

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar
dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45


Perjalanan sebuah kehidupan bukan semudah tanggapan..Merealitikan sebuab impian bukan semudah mencipta bait puisi..Namun,ketahuilah tiap payah,tiap pahit,duka dan luka punya penawar mujarab..Dari penantian dan kesabaran ini pasti punya sinar bahagia di penghujung jalan sebuah kehidupan..

"Sesungguhnya Allah telah membeli
dr
org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan
memberikan syurga utk mereka..."

-Surah At-Taubah ayat 111



Bunga-bunga harapan dicipta,moga-moga segalanya berakhir dengan baik..Jiwa luhur menantikan senyum yang bakal terukir dari wajah suci milik mukmin sejati..Permudahkan urusan kami,Tuhan..Sekian,Allahhualam~


"Ala Bizikrillah Tatmainnul Qulub"