Friday, July 24, 2009

Jumaat Terakhir~

Saat dan detik yang sentiasa ditunggu-tunggu setiap tahun menjelma lagi. Cuma masa, tarikh dan hari sahaja yang berbeza. Rasa tetap sama seperti setahun dulu. Ada debar yang menanti, andai punya jam masa sendiri, mahu saja yang cepatkan detikan waktu agar pantas berlalu. "Doraemon, tolong saya! Keluarkan jam masa dari poket ajaib kamu, saya nak pinjam." Uhuh.

Sebentar lagi sebuah bas bakal membawa kami menuju ke Casablanca Aeroport, meninggalkan bumi damai Kenitra untuk tempoh lebih kurang dua bulan. Segalanya telah siap tersedia, menunggu masa untuk berangkat pergi sahaja. Perjalanan yang akan ditempuh bakal mengambil masa hampir dua hari.Laut Meditteranean sanggup ku redah demi mu bumi bertuah, Malaysia!

Angan-angan dua tahun lepas berlalu begitu sahaja ditiup angin meditteranean. Hajat di hati tidak mahu pulang sehingga selesai menghabiskan pengajian ilmu di bumi Maghribi. Namun sebaliknya pula berlaku, sudahnya tiap-tiap tahun bumi Malaysia dijengah. Apa nak dikata lagi, kita hanya merancang, ALLAH jua yang menentukan segalanya. Terima kasih Tuhan di atas peluang yang hadir tahun demi tahun. Syukur~



Sila baca doa dulu sebelum naik bas dan kapal bersayap dua.

سبحان الذي سغرلنا هذا وما كنا له مقرنين
وانا الى ربنا لمنقلبون



Buat teman-teman seperjuangan yang pulang bercuti diucapkan selamat bercuti, selamat bertemu keluarga, selamat berbahagia, selamat makan nasi dagang + keropok lekor, selamat mengisi waktu lapang dengan aktiviti berfaedah dan selamat segalanya, insyaALLAH. Bagi yang memilih untuk tinggal di sini, selamat meneroka keindahan alam ciptaanNYA di bumi Ibn Battuta ini. Jaga diri baik-baik semua, kita jumpa semula di awal Oktober nanti insyaALLAH~

No comments: