Monday, March 9, 2009

Berita Dari Tanah Air~

Petang tadi dapat balasan email dari pak cik yang jauh di tanah air.Saat membaca titipan darinya itu rasa terkejut dan gusar menyerang benak fikiran.Email ringkas itu mengatakan Mama telah diserang Demam Chikugunya dan saya di sini tidak dikhabarkan tentang itu.Oh!Tidak.Andai punya sayap mahu saja saya terbangkannya jauh ke kampung halaman untuk menjengah Mama walau seketika.Ketika di talian dua hari lepas, suara Mama agak lemah.Demam biasa saja katanya.Usai mendapat tahu lantas jemari menghubungi Baba kerna telefon Mama tiada berangkat.Kata Baba pemeriksaan telah dibuat ke atas Mama,hari ini harus berjumpa doktor lagi untuk rawatan seterusnya.Pesan Baba, "Usah dirisaukan keadaan Mama dan doakan saja moga kesembuhan menjengah sepantasnya."Saya di sini hanya mampu mendoakan moga ALLAH sembuhkan kembali dan Mama dapat menjalani kehidupan seperti biasa,ameen~


Di sini saya sertakan sedikit info mengenai Demam Chikunguya sebagai langkah berjaga-jaga buat kita semua walaupun di bumi Morocco ini agak jarang sekali kita bertemu dengan sang nyamuk,si pencetus Chikungunya itu.Maklumat ini diperolehi dari Kementerian Kesihatan Malaysia.


1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.


2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.


3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.


5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.


6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.


7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat. (pastinya)


9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.


10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita. (Nie kat Malaysia lah,klu di Morocco saya tak pasti pula)


Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik olehNYA selalu untuk terus berjuang,beribadah dengan mengabdikan diri kepada Kholiq yang satu tiada dua.Hargai selagi anda masih diberi kekuatan dan kesihatan,jangan sesekali kufur pada setiap nikmat yang diberi.Sekian,Allahualam~

4 comments:

Anonymous said...

salam.. gane doh mok ayoh tu? sehak dok lagi? mudah2an cpt smbuh la deh.. tkut plk dgr kes chinguya tu.. dakpe,doa ank yg solehah cepat makbul i.Allah.. nagji agame plok tu,...

Bunga Merah said...

wslm.. erm,stkt nie cam gitu lg laa.. insyaALLAH,hrp2 g2 laa..sama2 doakan.. tme kseh~

~nawanihamra'~ said...

salam ukhtiy habibah billa..

langsung xtahu brite ni..buka blog ni baru taw...erm,moga bonda awk cepat sembuh n dberi kekuatan tuk hadapi ujian penyakit ni.syafahiLlah~

doa bnyk2 deh...insyaAllah,Allahu yu3tiiha sehah.Ameen~

Bunga Merah said...

wasalam ukhtiyku.

Terima kasih atas kalungan doa.

InsyaALLAH,
sdg menunggu keputusan drp test darah.

Moga segalanya berakhir dgn baik~