Monday, February 9, 2009

Sebuah Kisah Kasih~

~Di sini kasih bersemi~


NOVEMBER 2008

Sebuah pertemuan,seutuh ikatan, bermula episod bahagia antara dua hati,Abdul Samat Dan Siti Laila..Pasangan ini disatukan pada penghujung tahun 2008 di sebuah teratak bahagia bernama,daruzZak..


~ pasangan bahagia~
25 JANUARI 2009

Setelah beberapa bulan melayari bahtera bersama,Siti Laila telah selamat melahirkan 5 permata buah cinta mereka tanggal 25 Januari yang lalu..Kehidupan pasangan ini bertambah bahagia dengan kehadiran si kecil-si kecil yang sangat comel itu..


"Kusangkakan panas hingga ke petang,rupanya hujan air mata turun di tengah hari,"bisik hati kecil Siti Laila..Beberapa detik selepas kelahiran,Abdul Samat dan Siti Laila telah kehilangan 2 daripada anaknya..Takziah buat kalian berdua..Tidak dilupakan,takziah jugak buat kedua-dua nenek mereka,Kak Long Inah dan Acik Anis..Kita hanya merancang,ALLAH jua yang menentukan segalanya..Hidup tak selalunya indah,tapi yang indah tetap hidup dalam kenangan kan?..Kehidupan diteruskan bersama 3 lagi permata mereka yang telah diberikan nama oleh emak-emak dan mak cik-mak cik Siti Laila..Persepakatan telah dibuat,ketiga-tiganya dinamakan Dar-Rus-Zak(daruzZak~hehe)..

9 Februari 2009

Sekali lagi kesedihan kembali menyelubungi hidup pasangan Abdul Samat dan Siti Laila apaabila mereka kehilangan permata pertama mereka iaitu Cik Dar..Di hening pagi yang damai,Cik Dar telah pergi meninggalkan seluruh warga daruzZak..Hayat tak panjang..Apa boleh buat,hanya sekadar ini sahaja pertemuan di muka bumi ini..Untuk nenek-nenek Cik Dar,jangan sedih yerk,redhai permergian Cik Dar ya,juga buat mak cik-mak cik Cik Dar sabar ya semua..Sekian sahaja coretan dikala kebosanan..=)~


~Binatang pun mahukan hidup bahagia ~



~ Cik Zack~



~Cik Rus~


~Adik beradik jangan gaduh,ok?~







4 comments:

fateema el-muhammedy said...

Bila, bkn main lg intronye..wt saspen jer..huhuhu

Wardatulhamra said...

ehhe~saje jerk..boring2..tulis laa pasal si kecik kt umh nie..

asyrazi said...

comelnye anak2 arnab tu..huh~

nanti klu hilang, dah boleh agak kot siapa pengambilnye..hehe~xdela,gurau je..

semoga sentiasa sihatla anak2 tu ye..:D

Wardatulhamra said...

ahha~ klu hilang,makanya sudah sememangnya diketahui siapa yang ambil.Jiran sebelah kot,sbb arnab kt rumah dyeorg dah hilang.Tak selamt betul Rumah Kita Itu~=)