Wednesday, February 11, 2009

Misteri Air Tangan Si Ayah~

Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.

"Ah ayah,kenapa tak boleh?"getus si adik."Ia dilabel 13-sx,dan kami berdua telah melebihi 13 tahun!"tambah si abang pula.

Ayah mereka membalas"Filem itu mengandungi unsur-unsur yang tidak bermoral dan tidak sesuai ditonton oleh masyarakat umum."

"Tapi ayah,itu cuma sebahagian kecil dari filem itu!Kawan-kawan kami cakap,filem itu sekitar 2 jam dan babak-babak sebegitu cuma sekitar beberapa minit sahaja!Banyak saja pengajaran lain yang berguna di dalamnya.Review yang ayah lihat juga ada menyatakan pengajaran daripada cerita itu!"

"Jawapan ayah adalah "Tidak".Kalian boleh mengajak teman-teman ke rumah dan menonton koleksi video yang ada di rumah kita.Tapi,kalian tetap tidak boleh pergi menonton filem itu.End of discussion."lantang si ayah bersuara.

Kedua-dua anak remaja itu berjalan ke sofa dengan riak wajah masm mencuka.Di situ mereka membayangkan wajah pelakon filem yang tak dapat mereka tonton,sambil itu mereka terdengar bunyi dari dapur seakan si bapa sedang menyediakan sesuatu.Tidak lama kemudian,mereka dapat mengecam bau aroma brownies dari dalam oven yang memenuhi segenap ruang kediaman itu."Ayah mesti rasa bersalah dan dia mahu mengambil hati kita semula dengan brownies itu,mungkin juga kita bisa melembut serta memujuk kembali hatinya agar membenarkan kita pergi menonton filem itu."ujar si abang kepada adiknya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa.Beberapa ketika kemudian,si ayah muncul dari dapur dan bersamanya sepinggan brownies yang masih panas lalu diberi kepada anak-anaknya itu.Kedua-duanya mengambil satu brownies.

Kemudian si ayah berkata,"Sebelum kamu semua makan,ayah nak cakap sesuatu.Hurm,ayah sayang kalian berdua."Kedua-dua remaja itu saling berpandangan dan tersenyum penuh makna."Ayah dah lembut hati."hati mereka berbisik.

"Itulah sebabnya ayah buatkan brownies ini menggunakan bahan terbaik.Hampir kesemuanya dari bahan organik,tepung organik terbaik,telur ayam omega-3 gred A,gula organik terbaik,vanilla premium dan coklat paling enak."

Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan,kedua-dua remaja itu tidak sabar-sabar lagi mahu menjamah air tangan ayah mereka.

Tetapi ayah ingin berlaku jujur pada kamu berdua.Ada satu bahan istimewa yang telah diletakkan di dalam brownies ini,yang kamu tak akan jumpa dalam mana-mana brownies lain.Bahan itu ayah perolehi dari belakang rumah kita saja.Tapi jangan risau,ia hanya sekelumit sahaja.Sangat sedikit jumlahnya.Jadi makanlah dan berikan pendapat kalian tentang resipi terbaru ayah ini.

"Ayah,boleh tak beritahu apa bahan misteri itu sebelum kami makan?"tanya si abang.

"Kenapa?sedikit saja ayah letak.Ayah letak satu sudu saja.Kamu tidak akan boleh perasan pon rasanya."

"Ala,ayah.Bagitau saja lah,"pinta si adik.

"Jangan risau!Bahan itu sama juga seperti bahan organik yang lain,"

"Ayahhh.."pinta kedua-duanya serentak.

"Ok,kalu kalian mahu tahu.Kandungan bahan misteri itu adalah....Tahi anjing!!"

Kedua-dua anak itu terus meletak kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

"Ayah!Ayah tahu tak ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap itu selama setengah jam?bila dah siap ayah cakap dalam tu ada tahi anjing.Kami mana boleh makan bende tu."

"Kenapa tak boleh?kandungannya sangat sedikit dan tak akan ada effect punya.Ia sudah dimasak dan sebati dengan bahan-bahan lain.Kamu takkan boleh perasan pun akan rasanya.Jadi tunggu apa lagi?makanlah!

"Tak ayah..Kami tetap tak nak makan!"

"Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi.Kamu tak boleh terima walau sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu,kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu?Berdoalah kepada ALLAH yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu,tapi kenapa dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor dalam diri,fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu?harap kalian berdua mendapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini."

~Astaghfirullahalazim..Astaghfirullahalazim..Sucilah wahai hati,moga terhias oleh benang-benang mahmudah,moga jalanku ini berlandas benih-benih taqwa..Moga terhapus segala dosa nan silam,ameen Ya Rabb~



2 comments:

Anis Liyana said...

Subhanallah... satu cerita yang dpt bagi pengajaran yg sgt baik... jzkk... =)

Salam ukhuwwah dari bumi France~

--> org m'sia di morocco leh ckp french x?

Wardatulhamra said...

erm..salam ukhwah jugak..
org mesia sini?
hehe..
sket2 boleh laa~)