Saturday, February 7, 2009

Kemulian Hati Milik Seorang Wanita Bernama Ibu~


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu..

Pulang dari sekolah suatuhari,si anak yang tiada telinga itu yang kini telah menjejakkan kaki ke alam persekolahan menangis memberitahu bagaiman dia diejek oleh rakan-rakanya."Mereka kata saya cacat,"kata si anak kepada ibunya.

Si ibu menahan sebak..Lalu dipujuk si anak dengan pelbagai kata nasihat.Si anak menerimanya,dan dia muncul pelajar terbaik serta memegang pelbagai jawatan di sekolah.Namun jauh di sudut hati,dia tetap merasakan kekurangan pada dirinya itu.Si ibu masih terus memujuk.Ayahnya pula terus berjumpa dengan doktor."Saya yakin dapat melakukan jika ada penderma sesuai,"kata pakar bedah.Maka bermulalah pencarian mencari yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu..

"Anakku,kita akan bertemu doktor hujung minggu ini.Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma,tetapi dia mahu dirahsiakan dirinya,"kata si ayah.Pembedahan berjalan lancar,si anak muncul dengan wajah baru,kacak serta bijak.Pelajarannya kian cemerlang,keyakinan diri bertambah.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.Di usia 20-an,dia telah menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara,saya ingin tahu siapa penderma telinga ini,saya ingin membalas jasanya,"ucap si anak berulangkali."Tak mungkin,ini perjanjian antara ayah dan dia asih berjalan,masanya akan tiba anakku,"tegas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk mengiakan kata-kata ayah.

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,si ayah perlahan-lahan menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak,saat terlihat kedua-dua belah cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,"bisik si ayah ke telinga anaknya."Tetapi tiada seorang pun yang mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik,pada ayah dia tetap wanita tercantik pernah ayah temui,tak percaya?tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

P/s=>Kecantikan sejati bukan terletak pada fizikal,tapi jauh di lubuk hati yang luhur.Cinya sejati bukan pada apa yang dihebah-hebahkan,tapi letaknya pada pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu,mama,ummi,mak,mummy kita ada di muka bumi ini,ciumlah dia,cium tangannya,sentiasalah memohon ampun padanya,berikan manis senyummu padanya bukan masam wajahmu yang menjadi hadiah.Kasih ibu tiada tandingnya.Syurga kita di bawah telapak kakinya~

"Saya Sayang Mama"



4 comments:

Anonymous said...

menghargai sebelum kehilangan.=)

خديجة خليلة said...

Camne ek boleh sampai plot, hari yang ditunggu2 pun tiba tu? Buatlah sikit penambahan. Hehe. Biasanya kita terlampau mengejar kesempurnaan sehingga tidak sedar ada sebuah pengorbanan besar untuk laksanakan kesempurnaan yang kita mahu. Teruskan menulis! =)

ZahirahzahiD said...

yea yea da dapt komen.. =D

Bunga Merah said...

Biru=>terlepas pandang..ehhe~mekaseh,kakak ku..

zahirahzahid=>dh modifief balek=)