Sunday, June 7, 2009

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, katanya Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):


"Sesungguhnya orang yang tidak terdapat dalam rongga badannya sesuatu dari al-Quran adalah seperti rumah yang roboh."

(Hadis Riwayat Tirmizi dan katanya: Hadis hasan sahih)

Diriwayatkan daripada Abdul Humaidi al-Hamani, katanya: "Aku bertanya kepada Sufyan ath-Thauri, manakah yang lebih engkau sukai, orang yang berperang atau yang membaca al-Quran?" Sufyan menjawab, "Membaca al-Quran" kerana Nabi SAW bersabda, "Orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya."

No comments: