Thursday, October 21, 2010

Telah dikemaskini~

Assalamualaikum wbt.

Saya seakan terlupa seketika akan laman ini. sangat lama tidak menjenguk apatah lagi mengemaskininya. Hampir 5 bulan juga laman ditinggalkan. Malas dan sibuk menghantui saya sedari bulan Mac 2010. Sepanjang 5 bulan ini banyak yang telah saya lalui. Bermula dengan selesainya tesis ijazah ( alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah), perkelanaan saya ke ardhul kinanah, pulang bercuti ke Malaysia, kembali lagi ke bumi Mesir buat kali kedua dan kini telah selamat tiba di gerbang andalus, Maghribi.

Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH. Syukur tidak terhingga atas segala nikmat yang menghujani diri. Mohon doa dari sahabat-sahabat, agar hati ini tidak kufur dengan nikmat kurniaanNYA. Awal Julai 2010, dengan izinNYA saya menjejakkan kaki untuk kali pertama ke bumi Mesir. Hampir sebulan di sana, saya jatuh cinta dengan Mesir. Dulu-dulu saya hanya mendengar cerita dan persepsi orang tentang kehidupan di sini. Dan kini saya telah berjalan, melihat dan mentafsir dengan mata hati sendiri keindahan bum Musa a.s.

Sebulan di sini lebih mengajar saya erti sebuah kehidupan. Berkongsi suka-duka dengan jiwa-jiwa yang kental dan tegar semangatnya membuatkan saya terjaga dari enaknya buaian mimpi. Mereka sangat tabah! Dan saya perlu mejadi setabah mereka untuk terus melangkah. Semangat mereka, taujihat mereka. Mengkagumkan! Saya sukakan kehidupan di sana, dekat dengan tarbiyyah. Menumpang teduh di bawah bumbung asrama Darul Iman, mengembalikan memori ini di zaman kehidupan di bumi barokah MTANT. Seperti reunion pula rasanya kerana di sana saya jumpa senior-senior dan junior-junior MTANT saya.

Akhir Julai, dengan izinNya sekali saya kembali ke tanah air. 2 bulan saya di bumi Terengganu. Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang untuk merasai kemeriahan ramadhan di kampung halaman. ( meriah ke? meriah lagi kt mesir kot. hehe =D). Aidilfitri juga di sini. Dan jauh di sudut hati, saya rindu! Rindu saya pada kota Kairo mengatasi rindu saya pada bumi Maghribi. Oh! Derhaka sudah saya ini. Kerana cinta dan rindu yang teramat, bumi Malaysia saya tinggalakan dan kembali lagi ke Mesir untuk kali keduanya. =)

Jejak kali ini sekitar empat hari sahaja. Namun cukup bermakna dan rindu saya terubat akhirnya. Hari kedua di Kairo saya sempat menyertai satu perjumpaan yang dianjurkan oleh Kem Latihan Penulis (KELAP) PMRAM bertempat di rumah Kelantan. Berkongsi pengalaman dari mereka-mereka yang pakar dalam bidang ini, dan saya pula hanya diam membisu kerana telah lama meninggalkan bidang ini. Saya akui, penulisan saya bermusim. Perlu diasah kembali skill menulis ini agar tidak terus hilang. Lepas perjumpaan tu semacam bersemangat pula untuk kembali menulis. Huu. Semoga semanga ini bertahan demi sebuah perjuangan! Sungguh bermakna buat saya kerana perjumpaan ini telah menemukan saya dengan penulis-penulis muda Mesir dan bloggers yang seringkan blog mereka menjadi persinggahan saya terutama sekali kak Sammaituha Najwa. Semacam bermimpi dapat bertemu dengan beliau yang selama ini saya kenal melalui tulisannya sahaja. Kena ambil semangat menulis banyak sikit dari Kak Najwa ni. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang menjemput saya ke perjumpaan ini. Banyak yang saya dapat walaupun diam membisu. Saya lebih suka memerhati dan mendengar. =D

19 Oktober, Kota Kairo saya tinggalkan dengan hati yang berat. Sangat haru dengan kesudian adik beradik akhowat KPT yang sudi menghantar kepulangan kami hingga ke mator dan juga yang melambai dari asrama Darul Iman. Jazakumullahu khayra katheera. Semoga ALLAH membalas segala budi baik kalian sepanjang keberadaan kami di Mesir, mohon maaf jika ada khilaf dan hak-hak yang tidak tertunai.

Mahu berhenti dulu. Hati tiba-tiba syahdu. Kenangan di Mesir sedang bermain satu persatu di fikiran saat ini. Rindu!


bungamerah : Apa yang ada di Morocco tiada di Mesir, apa yang ada di Mesir tiada di Morocco. Kerana itu Morocco-Mesir saling melengkapi.~ =)

3 comments:

Nur Shihab said...

ehem.. bungamerah? hehe :)

..::n@!mah::.. said...

kak bila.. ble along lak bley jejak kaki kat bumi org eh..hurmm

Wardatul Hamra said...

shihab : hee. kenapa ya?

along : inshaALLAH, one day soon. =) moga terus kuat berjuang di tanah air.