Saturday, March 13, 2010

Labah- Labah ke Lebah?




Ini Lebah ----->




















<--Ini pula Labah-labah












Dalam dunia ini ada dua jenis binatang yang hampir sama sebutannya. Kedua-duanya juga turut disebut di dalam kitab ALLAH.

Labah- Labah : Al-Ankabuut

Lebah : An-Nahl

Nampak macam kedua-duanya serupa saja kan. Tapi hakikatnya kedua-dua binatang ini JAUH berbeza sebenarnya.

1) Labah-Labah

+ Sarangnya nampak cantik dari jauh, tapi sangat rapuh sebenarnya.

+ Tempat tinggalnya bila-bila masa sahaja boleh musnah, bahkan yang nak berlindung dengannya akan turut binasa sekali.

2)Lebah

+ Dalam sarangnya ada MADU.

+ Sering dipandang tidak elok kerana peritnya kita kala terkena sengatannya.
Tapi bisa sengatan itu bahkan boleh mengubat tanpa diketahui melainkan
orang yang betul-betul memerhati akan ia.

+ Semua yang berkaitan darinya kita dapat manfaat meskipun terkadang
agak susah untuk mendapatkannya.



Konklusinya : Nak dapatkan yang terbaik, kena tengok keseluruhannya. Bukan hanya pandang pada sesetengah perkara sahaja. Setuju tak? :-D


Jadi seperti lebah. Mengambil yang baik, mengeluarkan yang elok. Terbang membawa kecintaan, hinggap menjamah kasih-sayang. Ayuh mencari redha!



Bungamerah : HE always give us the BEST! Praise be to HIM. Moga baik pengakhirannya. Ameen. =)




No comments: