Wednesday, November 16, 2011

=_=



Dapat call tadi. Fuh! Rasa macam nak demam semula je.
Gila gentle! Nasib baik anak murid sudah bocorkan awal-awal.
Tapi ada juga sedikit cuak!
Nasib baik saya tak ada sakit jantung tau. T_T









Tuesday, November 1, 2011

Allahurabbi~



Seringkali aku diuji dengan mainan dunia,
Kadang-kala hati aku terpukau pada keindahannya.
Membuai jiwa dengan kenikmatan yang tiada bertepi,
Ombak yang mula beralun itu menenggelamkan aku dengan janji-janji palsu,
Janji yang mana aku fikirkan ia dapat memenuhi keperluanku..


Di manakah letaknya erti bahagia sebenar?
Andai hati masih melakar nista pada Sang Pencipta Agung.
Aku terfikir di saat noda duniawi mula bertapak dalam sanubari,
Rupa-rupanya ALLAH telah membisikkan kalam suci ke dalam hatiku ini.

Engkau tidak pernah meninggalkan aku,
Saat aku jauh mahupun dekat dgn-Mu!
Apakah maksud-Mu, ya Robbi?
Mengapa Engkau masih menegurku,
di saat aku dalam kejauhan?


Ya Allah,
Kekasih hatiku, pengubat duka laraku,
Engkau masih mahu menunjukkan aku,
akan kasih sayang-Mu yang tiada bertepi itu,
dengan menguji imanku..


Ampunilah dosa-dosaku!
Kerana sesungguhnya,
baru sekarang ku tersedar dari lamunan mimpi yang panjang,
Mimpi yang indah tetapi terletak pada ilustrasi lakaran noda..


Saat aku terjatuh, Engkau masih menghulurkan bantuan,
Saat aku bersedih, Engkau membisikkan kata-kata semangat,
Saat aku keseorangan, Engkau sentiasa ada bersamaku.
Saat aku keliru dan bingung, Engkau yang menyelesaikan!

Hanya pada-Mu,
Ya Rahman ya Rahim,
Letaknya harapan dan matlamatku..
Allahu Robbi wa ghoyati!



Bungamerah : Dah bulan ke-3 bermukim di persekitaran yang dulunya asing sekali. Dah hampir sebulan juga panggilan terakhir itu berlalu. Dan dalam sebulan ini juga banyak bendasing datang menjengah. Semoga dan semoga kamu tenang dan bahagia di sana. Untukke hati kecilku, semoga terbuka bila tiba waktunya!


Friday, October 28, 2011

Penat!





Kemaafan hanya untuk orang yang menyesal,
bukan untuk orang yang akan
mengulangi kesilapan yang sama berulangkali.
Cukup lah! Tak penat ke?
Allah, beri aku kekuatan yang luar biasa!







Thursday, October 27, 2011

Oh my! T_T



I am who i am today
because of the choices
i made yesterday.

regret?

hopefully, never!




Friday, February 4, 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

3 Februari 2011.


Sangat tidak rajin untuk update blog, sebab tiada orang nak baca lalu jadi malas untuk menulis. Hoho. Memang alasan terbaik lah kan. Semakin hari semakin jauh pulak dengan penulisan, kurang membaca lalu akal jadi beku untuk menulis. Saat ini sedang gigih menahan mata agar tidak terpejam dek kerana saya dah terlepas hari semalam. Kalau ikut waktu Malaysia, sekarang ini sudah masuk tarikh 4 Februari 2011.


Ada apa pada tarikh semalam - 3 Februari 2011 - ? Banyak sangat sampai tak tertulis kot. =)


Tarikh semalam,
45 tahun dulu,
lahirnya Matahati saya.

Ya, dia Matahati saya,
Jua matahari yang menyinari
hari kelam dan hari pelangi
sekolah kehidupan saya.

Dia yang kerna asuhnya sedari kecil
saya adalah saya hari ini,
Dia yang kerna kasihnya
buat saya rasa hidup itu indah.

Pernah hatinya saya lukai,
Pernah tingkah dan laku saya
buat mutiara jernih mengalir
dari kolam air matanya.

Meski bercalar-calar hatinya
dek kerana degilnya saya,
namun dia tetap teguh di situ,
menyokong saya dari segala sudut.


Doanya dalam sujud,
mahupun luar sujud
sentiasa saya dambakan,
Tanpa saya pinta, saya tahu doanya
untuk saya tak pernah kan putus.


Dan saya bertuah kerna dilahirkan
dari rahimnya dengan penuh cinta.
Dia Matahati, Matahari, Jantung Hati saya,
Mama saya!



Apa yang saya tulis kat atas tu? Yang pasti ia bukan puisi, sajak atau yang se-kerabat dengannya. Semalam, ulangtahun kelahiran ibu tercinta yag ke-45. Saya belum sempat menelefon beliau saat ini lantaran habisnya stok voip. Nak telefon kena tunggu stok sampai. Adeih. Apa pun, saya tak pernah lupa mama dari ingatan saya walau terdetik pun. Mama lah mama terbaik saya, mama nyawa saya, kekuatan saya dan segala-galanya bagi saya. Saya kalau sayang tak pandai ucap. Saya kalau cinta saya tulis pada kertas, dan simpan buat koleksi sebab nak bagi malu lah pulak. Sebab saya tahu mama takkan sesekali jumpa blog saya jadi saya berani lah tulis kat sini. Hehe. Semoga ALLAH memberkati seluruh isi kehidupanmu, Mama. Doamu ku dambakan, agar aku istiqamah di jalan ini, agar nanti aku tidak terjunam ke lembah kehinaan. Tak boleh tulis panjang-panjang dah sebab takut nanti salji sierra nevada turun di Kenitra pulak. :-D


Me Love U, Ma.
Thanks for everythings.



Thursday, December 23, 2010

Yang Tak Seberapa~



Sungguh baik kan ALLAH itu,
Tak seberapa ujian yang dihadiahkan
jika nak dibandingkan
dengan seluruh nikmat yang dianugerahkan.

Syukur!





Friday, October 29, 2010

Biarlah kesudahan kita dan dia di Syurga~

Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.

Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.

Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.

Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.

Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.

Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.

Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.

Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.

Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.

Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.

Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.

Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.

Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.

Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.

Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.

Allah Taala berfirman;

Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)

Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.

Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.

Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.

Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.

Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.

Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.

Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.

Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.

Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.

Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.

Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.

Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.

Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah.

Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.

Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.

Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh.

Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina.

Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.

Mempunyai peranan.

Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.

Banyak versi dan variasi.

Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.

Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.

Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.

Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.

Dia hamba, kita juga hamba.

Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.


~Sumber~